Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah
berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga
orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah
terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah
berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon
rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul
kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.
Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik
Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka
lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah
terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang
berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan
tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik
Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua
biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang
seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut
tanpa tubuh.
Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota
apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang
dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba.
Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan
-rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari
seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi
manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan
berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah
wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya
akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.