Tuesday 28 May 2013

Lokasi Rumah Hantu Sekitar Shah Alam





Banglo Kayangan, Seksyen 12 Shah Alam


Banglo Kayangan


___________________________________________________________________________________


Seksyen 2 Shah Alam



Wednesday 22 May 2013

Cerita seram : Sapaan jururawat


KEBANYAKAN daripada kita pasti bersetuju bahawa hospital adalah antara tempat yang tidak sesuai untuk bergurau atau berjenaka. Tempat seumpamanya sudah banyak membawa khabar dan cerita pelik yang berbaur mistik.
Bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi fenomena yang mahu diceritakan semula ini hanyalah untuk renungan bersama. Ia adalah peringatan bahawa dalam dunia yang kita diami, bukan manusia sahaja yang mutlak mengisi dimensi ruang dan waktu.
Terjadi di sebuah hospital yang terletak di sebelah pantai barat negara ini, Diya sudah tiga minggu menemani tunangnya, Aziz, yang terlantar akibat menjalani pembedahan membetulkan kedudukan tulang kaki yang patah akibat kemalangan jalan raya.
Sering berada di hospital selepas waktu kerja, malah biasa bermalam menemani kekasih hatinya itu, Diya secara tidak langsung sudah mengenali ramai pesakit dan petugas di hospital itu.
"Hendak dijadikan cerita, pada hari pertama keempat aku menjaga Aziz di hospital lebih kurang dalam pukul 11 malam di tingkat tujuh, aku terjumpa seorang jururawat. Lengkap dengan pakaian seragam berwarna putih di hadapan kaunter," Diya memulakan cerita.
Kata Diya, dia sangat mengenali jururawat itu. Namanya Yanie. Sejak hari pertama Aziz di hospital, Yanie memang sering dalam syif. Jadi, pada malam Diya terserempak dengan Yanie, mereka berbalas pandangan. Diya tersenyum lalu menyapa dia.
"Syif malam lagi hari ni? Kerap juga nampak awak...." Itu yang Diya ucapkan kepada Yanie yang hanya membalas dalam tersipu-sipu; "Ya, kerja malam ni. Tiap-tiap malam saya nak kerja."
Jawapan itu sedikit pun tidak mencetuskan tanda tanya dalam kepala Diya hinggalah dia akhirnya tertidur di sisi katil Aziz kemudiannya.
Disapa terbit matahari pagi keesokannya, Diya dikejutkan oleh bunyi kedatangan seseorang. 'Eh, Yanie masih berjaga?' Kata Diya dalam hati. Pagi itu Yanie mengenakan uniform yang berbeza. Kemeja putih dan berseluar hitam. Yanie datang untuk memeriksa peralatan rawatan dalam wad tersebut.
"Awak tak balik lagi? Siap tukar uniform lagi," tanya Diya sambil menggosok mata malas paginya.
"Bila pula saya datang, kak? Saya baru masuk kerja ni lepas dua hari cuti. Ni memang uniform saya. Saya hanya pembantu teknikal. Bukan jururawat," jawabnya yang membuatkan Diya terlopong.
"Tapi malam tadi akak tegur awak. Kita jumpa depan kaunter. Awak pakai uniform putih jururawat," Diya cuba meyakinkan apa yang dilihat malam sebelumnya.
"Akak jangan main-main. Saya baru masuk kerja hari ni. Saya bukan jururawatlah,'" Yanie memberitahu sambil sengih. Kemudian dia tiba-tiba menutup mulut dengan tangan sementara dahinya berkerut. Cepat-cepat dia menarik tangan Diya ke luar wad, sebelum perbualan didengari Aziz yang masih lena.
"Akak, dengar saya cakap ni ya. Jangan beritahu sesiapa, terutamanya tunang akak tu. Nanti dia takut tinggal keseorangan," kata Yanie seakan berbisik.
"Apa dia?" tanya Diya.
"Begini, tiga hari sebelum tunang akak masuk wad, ada kes bunuh diri dalam hospital ni. Ada seorang wanita mati gantung diri dalam bilik dia di tingkat sembilan. Dia tak dapat terima hakikat yang dia disahkan berpenyakit dan tidak boleh hidup lama," terang Yanie dalam sedikit menggeletar.
Sambung Yanie, semenjak itu ada saja orang yang menemukan perkara pelik dalam hospital itu. Paling kerap adalah kes 'duplikasi'. Ramai orang terkeliru dan terkejut bila ada jelmaan yang asyik menyerupai petugas-petugas hospital.
Mendengarkan cerita Yanie, Diya terdiam. Terus terdiam dan tidak mahu mengulas apa-apa selepas itu. Sepanjang hari dia berani dalam takut. Berani kerana mahu menemani Aziz, takut kerana tidak mahu berjumpa dengan staf hospital yang 'palsu' itu.
'Ah! Biarlah, dia tak kacau aku. Bukannya hantu jahat pun!' Diya menenangkan hati sendiri.
Malam itu, Diya menggagahkan diri kerana mahu menemankan Aziz yang tidak tahu apa-apa tentang kejadian itu. Waktu itu pukul 10.30 malam. Sambil membaca majalah, Diya sesekali menjeling ke arah jururawat bernama Hafizah yang memeriksa bengkak di kaki Aziz.
"Dia dah lena tidur. Awak pun tidur ya. Jangan berjaga malam," ujar Hafizah yang hanya dibalas senyuman dan anggukan perlahan Diya. Kemudian dia memeriksa pesakit di katil sebelah Aziz dan meninggalkan wad.
Sempat menoleh ke arah Hafizah melangkah, Diya terjerit kecil. Dia tersentak, dan darahnya bagai berhenti mengalir. Pandangannya tiba-tiba kabur dan gelap. Diya tidak bermaya. Dia ternampak Hafizah berjalan menembusi dinding!

Cerita hantu: Hantu Penanggal

Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.
Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.
Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.
Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.
Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Cerita hantu dan seram: Hantu jerangkung

pada  suatu hari sepasangsuami isteri bersama anaknya ingin bercuti di cherating. apabila mereka sudah siap sedia untuk pergi ke cherating ,mereka pun bertolak . mereka bertolak tepat 8.30 mlm.apabila mereka melalui terowong lebuhraya karak anak mereka yang baru umur 17 bulan itu mula menangis .ia menangis sekuat hati .apabila mereka melepasi pekan karak tiba-tiba kereta mereka rosak. si suami pun alihkan kereta tersebut ketepi jalan. si suami  cuba membaikinya tapi tidak berjaya . si suami berkata kepada si isteri yang dia ingin ke pekan karak .tetapi si iateri melarang dia berbuat demikian .si suami berkata kalau kamu takut pasang lah kaset  al qur'an. si suami pun mula berjalan. setelah berjalan si suami berasa sangat letih dia pun duduk di bawah sebatang pokok yang besar dan agak seram.semasa si suami sedang berehat ada sebuahkereta yang dipandu oleh 4 oang pelajar kolej  memandu dengan laju .di dalam fikiran si suami berkata"haaa ni mesti nampak hantu ni".si suami pun teruskan perjalanan  apabila dia menghampiri pekan karak dia nampak sebuah lori yang memandu dengan laju orang yang memandu lori itu menjerit kepada si suami " dei tengok belakang dei".si suami pun dengan berasa tidak senang hati dia toleh kebelakang  dan telah nampak sesuatu yang agak mengerikan dia telah nampak mahluk halus yang bernam jerangkung .si suami cuba  melarikan diri tapi dia tidak berjaya.jerangkung itu telah menangkap si suami.si isteri tidak mengetahui yang suami nya telah di tangkap oleh jerangkung. si isteri berasa sangat risau dan takut .dia pun memainkan kaset al qur'an itu.setelah saja si isteri memainkan kaset tersebut tiba-tiba  kasetnya terpadam.bayi yang asyik menangis itu pun tiba-tiba tersenyap .si isteri berasa sangat pelik 2 minit selepas bayi itu dan kaset itu berhemti berbunyi jam menunjukkan pukul 3:00pgi.pada pukul 3:03 pgi si isteri terkejut apabila terdengar bunyi hentakkan di bumbung kereta . pada pukul 3:04 polis ronda yang memandu kereta  tersempak bersama kerata itu .seorang polis keluar dari pintu kiri ddan meng acukan pistol ke pada kereta itu dan seorang lagi polis keluar dari pintu kanan . polis yang keluar dari pintu kanan itu mengarahkan si isteri keluar dari kereta(PUAN SILA KELUAR DARI KENDERAAN DANBERGERAK KEARAH KAMI,JANGAN TOLEH KEBELAKANG CEPAT SIKIT)TAPI SI ISTERI DEGIL DIA TOLEH JUGA KEBELAKANG.APABILA DIA TOLEH KEBELAKANG DIA TERNAMPAK SATU MAHLUK YANG BERNAMA JERANGKUNG SEDANG MENJAMAH SUAMI DIA .SI ISTERI PUN BERLARI  KEARAH POLIS DAN TERUS MASUK KEDALAM KERETA POLIS TERSEBUT DAN SEORANG POLIS TELAH MELEPASKAN DUA DAS TEMBAKAN KEARAH JERANGKUNG  DAN KEDUA-DUA POLIS ITU MASUK KEDALM KERETANYA DAN TERUS KE PANGKALAN.PASAL JERANGKUNG TU TAKDE SESIAPA  PUN YANG TAHU APA JADI PADA MAHLUK ITU INILAH MITERI JERANGKUNG

Cerita Misteri: Hantu di Jambatan Kg. Sungai Cengal, Ketereh,Kelantan



JAMBATAN GANTUNG yang terletak di Sungai Kampung Chengal, Ketereh, Kelantan pada masa dulu dibina dari batang buluh di mana di bahagian bawahnya diletakkan beberapa buah pelampung sejak 30 tahun lalu agak tersohor dengan kejadian misteri.

Sehinggalah jambatan berkenaan diganti baru dikenali 'Jambatan Putra' telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Sri Mahathir Mohamed yang menghubungkan Kampung Chengal dengan Padang Halban, masih lagi berlaku kejadian yang menyeramkan dan menakutkan penduduk setempat.

Walaupun jambatan berkenaan kini telah dijadikan lokasi pemancing, namun golongan pemancing yang datang ke situ sentiasa membawa teman untuk mengelakkan kejadian diganggu oleh makhluk halus yang berkampung di situ.
Mungkin individu yang belum pernah terkena gangguan makhluk halus yang menghuni di tebing sungai tersebut akan menafikan kejadian yang dimaksudkan, namun menurut beberapa orang pemancing yang merasai pengalaman sendiri apatah lagi turut dimaklumkan oleh beberapa orang warga emas di kampung itu sebagai bukti bahawa Jambatan Putra dan Sungai Kampung Chengal memang mengusik apabila menjelang pagi.
Seorang pemancing yang ditemui, Mohd. Rizal Jusoh, 35, dari Kampung Jambu Merah, Melor, Kelantan menyifatkan Jambatan Gantung yang dibina pada tahun 1978 itu hanya boleh dilalui kenderaan ringan seperti basikal dan motosikal sahaja itu memang berpuaka.

Ini kerana menurutnya, warga tempatan sedia maklum jambatan berkenaan memang ditakuti ramai disebabkan mereka pernah terlihat jelmaan hantu air di sungai tersebut.
Di sebelah kanan jambatan gantung itu dikenali sebagai 'pengkalan mandi' yang menjadi tempat golongan remaja untuk mandi, manda, berenang dan bermain air kerana airnya agak dingin dan menyegarkan badan jika mandi di waktu panas matahari.

Namun, suatu kejadian misteri telah berlaku pada pukul 12.00 tengah hari apabila salah seorang remaja perempuan yang sedang mandi bersama lima rakannya yang lain didapati ghaib di sungai tersebut. Remaja perempuan itu dikatakan sedang terjun seorang diri ke sungai terbabit dari jambatan itu didapati tidak timbul-timbul.

Kejadian itu turut menggemparkan seluruh penduduk kampung terlibat kerana ada yang mendakwa amat mustahil remaja perempuan itu lemas kerana aliran airnya agak perlahan.

"Segelintir orang kampung ini kata remaja perempuan itu disembunyikan hantu air sebab itulah dia ghaib. Remaja perempuan itu kemudiannya muncul selepas empat hari berlalu kerana ikhtiar seorang bomoh, menyebabkan makhluk itu mengembalikannya", cerita Mohd. Rizal.
Kata Mohd. Rizal lagi, pada tahun 2008 salah seorang penduduk dari Kampung Chengal turut disakat makhluk halus di bawah jambatan berkenaan apabila perahu yang dinaikinya tiba-tiba tidak dapat bergerak seolah-olah sedang ditarik oleh suatu kuasa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Setelah berkeras dengan makhluk ghaib itu, barulah perahu yang didayungnya itu dapat meluncur seperti biasa tanpa diganggu lagi.

Menurutnya, beliau sendiri pernah mengalami suatu pengalaman sewaktu sedang mandi di bahagian hujung Jambatan Putra beberapa tahun lalu apabila makhluk halus yang sama turut menjelmakan dirinya dalam kocakan air di sungai terbabit. Namun, beliau tidak dapat melihat wajah makhluk halus itu kecuali terpandang badannya sahaja.

"Pada saya, sungai tempat saya dan rakan-rakan yang lain sedang memancing sekarang adalah satu kawasan agak keras dan berpuaka. Ini kerana, kawasan ini agak sunyi dan terlindung dari pandangan umum apatah lagi berhampiran hutan tebal dan sebuah tanah perkuburan, katanya.

Tambahnya, di tebing sungai berdekatan dengan tanah perkuburan sering berlaku kejadian usikan. Katanya, beliau pernah beberapa kali melihat seperti gumpalan angin yang bergerak pantas ke arah tanah perkuburan di atas tebing sungai itu sewaktu sedang menunggu jorannya disambar ikan ketika memancing di sebelah pagi di atas Jambatan Putra. Namun katanya, mujurlah golongan pemancing agak ramai berada di atas jambatan terbabit, jadi perasaan seram dan takut berkurangan.

Berbanding dengan pengalaman Sabri Mat Nawi, 39, dari Kampung Bukit Kechil, Melor, Kelantan yang merupakan seorang yang sanggup berjaga malam semata-mata memenuhi hobinya sebagai pemancing di atas Jambatan Putra itu apabila beliau sering tercium bau-bauan yang harum semerbak yang pada hematnya datang dari arah rumpun buluh berhampiran tiga buah pusara di tanah perkuburan yang sama.

"Bau-bauan harum itu kerap muncul pada pukul 2.00 pagi. Waktu itu memang cukup sunyi, jadi ikan patin gemarkan suasana yang sunyi.

"Jadi, sementara kami menunggu joran disentap ikan patin, ketika itulah munculnya makhluk yang tidak diundang cuba mengganggu ketenangan kami", ujar Sabri.

Katanya, semenjak beliau datang memancing dari dulu sehingga sekarang di sungai itu, beliau pernah beberapa kali melihat sesusuk tubuh sedang melintasi arah sungai itu menuju ke arah serumpun buluh yang terletak di bahagian hujung sungai berkenaan. Padanya, agak mustahil manusia sanggup dan dapat melintasi sungai itu dengan mudah seolah-olah berjalan di atas air kecuali makhluk halus yang dapat melakukannya.

Sabri menambah, berhampiran rumpunan buluh itu memang telah diketahui umum kerana dikatakan kawasannya agak keras dan ditakuti ramai. Penduduk setempat tidak akan melalui Jambatan Putra seorang diri apabila menjelang malam kerana dibimbangi dilintasi makhluk halus yang sering menjelmakan dirinya dan sering berjalan di atas air dari arah pusara tersebut kerana kawasan itu didakwa sesetengah pihak sebagai perkampungan makhluk ghaib itu.

Kata Sabri lagi, jelmaan makhluk halus berhampiran Jambatan Putra tempat beliau sedang memancing itu memang sering mengusik mereka kerana pada masa itu suasananya agak sunyi. Jelmaan makhluk halus yang menghuni di kawasan itu seolah-olah meniru atau mengikut mereka untuk turut sama memancing. Bezanya, makhluk itu seolah-olah sedang memancing dengan cara bertenggek di atas gumpalan rumput menghijau yang tumbuh di atas permukaan air di sungai itu berbanding kebanyakan pemancing yang berada di atas jambatan berkenaan.

Sabri menambah, usikan makhluk itu terhadapnya dan rakan-rakannya yang lain kerana mereka bukannya penduduk dari Kampung Chengal itu. Sebab itulah baginya agak tidak sesuai datang memancing seorang diri, bukannya terlalu takut disakat oleh makhluk itu tetapi bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku tentunya tidak diketahui oleh orang lain. Justeru, dengan kehadiran pemancing yang agak ramai sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan dan tumpuan terhadap hasil yang bakal diperolehi nanti.